Monday, June 20, 2011

Buku Seni Matematik Islam- ADI PUTRA

Salam dan Selamat Sejahtera.





Buku sulung kanak-kanak pintar Adi Putra Abdul Ghani, 12, berjudul 'Seni Matematik Islam' dilancar hari ini sempena Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011 di sini. Buku itu mencatat jualan sebanyak 3,000 unit sejak dijual minggu lepas dan Adi Putra, yang mendapat jolokan genius matematik, merancang menerbitkannya dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Perancis dan Mandarin.
Beliau berkata buku setebal 247 muka surat itu memuatkan 12 daripada 235 formula matematik yang diciptanya, dan dijual pada harga RM40 senaskhah.
"Saya menulis buku ini selama sebulan, formula matematik yang saya cipta memudahkan kanak-kanak atau orang dewasa untuk mempelajari matematik.
Apabila semua orang tahu cara yang mudah untuk mempelajari matematik, secara tidak langsung mereka akan lebih berminat untuk mempelajari matematik, dan asas untuk mahir dalam matematik ialah sifir," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku itu.
Adi Putra berharap kanak-kanak yang sebaya dengannya mampu menguasai matematik dengan pantas melalui buku itu bagi melahirkan lebih pakar matematik Islam.
Beliau merupakan penerima anugerah Ikon Matematik dari Jabatan Matematik, Jabatan Pertanian Malaysia 2006 dan Tokoh Matematik Islam Abad Ini dari Universiti Riau, Indonesia pada 2009 serta Ikon Membaca Pepustakaan Negara 2008.

Dapatkan buku SENI MATEMATIK ISLAM - ADI PUTRA dengan harga RM40.00

Pesanan boleh dibuat secara online http://www.kedaibuku.com.my

Pesanan secara berkumpulan juga digalakkan. Hubungi 03-6188 0618 (Pejabat), Faks 03-6186 9619

Rujukan Berita Berkaitan Bidang Pendidikan

Adi Putra ‘pukau’ pengunjung pesta buku

29/04/2011

Adi Putra Abdul Ghani menunjukkan buku yang dihasilnya, Seni Matematik Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 April – Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini terpukau dengan kehebatan kanak-kanak genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani.
Kemunculan kanak-kanak berusia 12 tahun yang pernah menggemparkan negara itu hadir untuk berkongsi formula matematik ciptaannya kepada orang ramai di pameran buku terbesar itu terutama pelajar.
Ternyata perhatian ribuan pengunjung tidak beralih apabila Adi Putra petah berbicara dan menyelesaikan masalah matematik dengan sangat mudah tidak sampai 10 saat.
Bagi mereka yang tidak sempat mengetahui formula ‘Al-khawarizmi junior’ itu tidak perlu kecewa kerana Adi Putra kini membukukan 12 daripada 235 formula menerusi buku berjudul Seni Matematik Islam.
Biarpun buku itu belum dilancarkan, namun sambutannya sangat luar biasa apabila sebanyak 3,000 naskhah sudah terjual.
Buku berhalaman 200 muka surat itu turut memuatkan kaedah dan cara bagaimana Adi Putra menggunakan konsep alam dan ilmu al-Quran dalam formula matematiknya.
Adi Putra ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, beliau sangat teruja bertemu pengunjung dan berkongsi rahsia matematik agar mereka tidak lagi berasa sukar untuk mempelajarinya.
“Saya sangat gembira dapat berinteraksi dengan pengunjung biarpun dapat meluangkan masa sejam dan tentunya masa itu tidak cukup untuk menceritakan semua,” katanya.
Ditemani bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 52, dan ibunya, Serihana Elias, 36, Adi Putra berkata, buku berharga RM40.20 itu akan dipasarkan di negara luar dan dialih bahasa mengikut bahasa negara masing-masing.
Mendapat gelaran Tokoh Profesor Matematik Islam abad ini dari Universiti Riyau Indonesia baru-baru ini, Adi Putra berkata, sudah sampai masanya masyarakat Islam disanjung akan kehebatan ilmunya.

No comments:

Post a Comment